Organisasi

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (276206 D) atau singkatannya ITBM (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan Akta Syarikat 1965, objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM tertakluk kepada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.

ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 Disember 2011.

Falsafah & Iltizam

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) adalah:

Objektif

  1. Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
  2. Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa Melayu;
  3. Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing;
  4. Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre;
  5. Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  6. Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  7. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan, penulisan dan penyuntingan;
  8. Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk menyediakan khidmat dan produk ITBM;
  9. Menyokong dan mendukung dasar kerajaan dan pihak berkepentingan dalam bidang terjemahan dan penerbitan buku;
  10. Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi kelestarian bidang terjemahan dan penerbitan buku.
  11. Memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan dan pengurusannya.

Misi

Visi

Moto