Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Kursus Penterjemahan Bahasa Arab - Bahasa Melayu | 7 Sept. - 26 Okt. 2024

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penterjemahan sambilan yang mengkhusus kepada asas penterjemahan Arab ke bahasa Melayu. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada kaedah, prosedur, pragmatik, semantik, serta isu-isu bahasa dan budaya dalam penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks pelbagai bidang - tafsir al-Quran dan agama, nas/syarah hadis, sains sosial serta sastera.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya mengenal pasti dan menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:


TEMPOH
Intensif - 48 jam/8 hari


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, latihan dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Arab


SIJIL

Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 07 Sep 2024

Tempat: Secara dalam talian

Harga: RM 1,200.00