Kursus

[KELAS DALAM TALIAN] Bengkel Pembacaan Pruf | 8 -10 Okt. 2024

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

  1. Aspek Bahasa
  2. Prinsip Pembacaan Pruf
  3. Simbol Pruf
  4. Gaya Penandaan Pruf
  5. Latih Amal


PENERANGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada asas pembacaan pruf. Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada aspek bahasa, prinsip pembacaan pruf, simbol pruf dan gaya penandaan pruf. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu melakukan latihan penggunaan simbol pruf pada teks bahasa Melayu dan bahasa Inggeris terpilih.


OBJEKTIF

Untuk membolehkan peserta berupaya menggunakan simbol pruf yang betul ketika menyunting Pelbagai jenis teks untuk pelbagai peringkat penyuntingan.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

  1. Memahami prinsip pembacaan pruf yang betul,
  2. Memahami dan menggunakan simbol pruf yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks, dan
  3. Memantapkan kemahiran dan pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu serta bahasa Inggeris.


TEMPOH

Intensif (3 hari berturutan)


MOD PEMBELAJARAN

Kuliah, tutorial dan perbincangan


MEDIUM PENGAJARAN

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


SIJIL

Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 08 Oct 2024

Tempat: Secara dalam talian

Harga: RM 550.00