Buku

Uda dan Dara : Sebuah Teater Muzikal

Penulis: Usman Awang

ISBN: 9789674606190

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

“Uda dan Dara selama ini orang hanya tahu sebuah drama yang banyak unsur romantik, tetapi banyak orang tidak tahu di dalamnya ada mesej pembaharuan kaum kapitalis yang menghisap darah orang-orang kampung.”

-Krishen Jit, temu bual dengan Zahari Affandi, Utusan Zaman

“Uda dan Dara kesayangan masyarakat Tionghoa..Kami merasakan seolah-olah pelaku itu orang Tionghoa sendiri kerana apa yang dikemukakan kerap kali berlaku dalam masyarakat Tionghoa.”
-Kelana C.N, Johor, Berita Harian

Temanya adalah tema kehidupan rakyat pada zaman silam, zaman kini atau zaman akan datang - tragedi cinta dan penindasan manusia terhadap manusia yang boleh berlaku dimana-mana sahaja…Tahniah dan kalungan bunga kepada Usman Awang kerana gubahan skrip yang memudahkan apresiasi penonton.”
-Ismail Dahaman, Dewan Sastera