Buku

Topi Dzar Zsa

Penulis: Muzaffar Abd. Rahim

ISBN: 9789674304461

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen yang menggarap isu-isu dan peristiwa semasa yang sesetengahnya sangat langka didekati oleh mana-mana penulis tanah air. Medan cerita dalam cerpen-cerpen itu pula sekadar bermukim di tanah air tetapi jauh melangkau ke seberang laut dan melibatkan pelaku yang aneka ras. Demikian juga pelakunya itu bukan sekadar manusia biasa, tetapi juga manusia luar biasa.

Subjek cerita yang dihulurkan oleh penulis kepada khalayak pembaca pula bukanlah hal biasa-biasa, tetapi hal yang melibatkan bidang-bidang profesional seperti perakaunan dan kewangan, pengadilan bola sepak, penyiasatan, dan masakan.

Penulis juga tidak lupa mengadun hal-hal yang merantai masyarakat - isu-isu politik, kebahasaan, penyelewengan, perkahwinan, dan sebagainya. Kesemua terhasil menerusi pemerhatian serius penulis terhadap sekelilingnya.