Buku

Song Of September

Penulis: Malim Ghozali PK

ISBN: 9789674605445

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Cerpen: Song of September mempamerkan 20 buah cerpen yang meliputi pelbagai subjek dan watak. Sama ada Malim menggambarkan orang biasa, yang di pinggiran dan yang terasing - pelaut, tukang kasut, yang kurang siuman, hinggalah kepada menteri, raja atau guru agama, kecenderungan ke arah kemanusiaan sejagat amat ketara. Malim mencantumkan perca-perca daripada celah-celah kehidupan manusia - sama ada mereka profesor atau pegawai daerah, gelandangan atau komuniti LGBT, kesemuanya memancarkan pengalaman-pengalaman sebagai peringatan kepada generasi masa kini, terutama sekali isu-isu yang menampilkan warna-warna di koridor sejarah.

Sungguhpun beberapa buah cerpen dalam kumpulan ini bersifat eksperimental, seperti “Ø” dan “Kamar X”, namun semuanya adalah eksperimen dari segi bahan dan bukan struktur.

Malim bukan seorang pengarang di kerusi malas. Beliau meneroka lapangan untuk menyaksikan apa yang dicarinya - kisah-kisah yang memperagakan keratan renta kehidupan - pekebun, pengembara, cinta dan perhubungan yang tidak terhuraikan. Hasilnya, Malim berkelana ke penjuru dunia, dan lahirlah cerpen-cerpen seperti “Aku di Sini, Sayang”, “_l_”, “Tika Hujan di Bogor”, ” Di Kantor Suryadi”, “Nyet” dan “Song of September”.

Malim juga menjenguk ke dalam dunia neurosis, yang jarang disentuh oleh penulis fiksyen lain, seperti dalam “Kamar X” dan “Pelabuhan”.

Sesungguhnya, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menawarkan jendela ke dalam kekuatan estetik alam fiksyen Malim.