Buku

Ralat

Penulis: Alias Ismail

ISBN: 9789674304423

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Pembinaan jati diri bangsa dan penerapan nilai cinta akan negara menjadi pilihan penulis dalam menghasilkan Ralat. Melalui cerpen “Nila Setitik”, watak utama yang merupakan seorang guru kelihatan komited membentuk budaya tinggi dalam kalangan rakan sekerja sungguhpun mereka berkhidmat di sekolah luar bandar. Melalui cerpen “Ralat” pula, pengarang dengan jujur menghantar isyarat kepada masyarakat bahawa terlalu banyak petualang sedang mengepung dunia pendidikan tanah air dan hal ini wajib segera ditangani. Cerpen “Servis Gelanggang Pasir” pula seolah-olah menyarankan ibu bapa bagaimana mereka mampu membentuk jati diri anak-anak ke arah menjadi atlet berwibawa walaupun hanya dengan kemudahan terhad.