Buku

Prosedur Pementasan Dekon MAKUM

Penulis: Andika Aziz Hussin

ISBN: 9789674303341

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Lazada

Beli e-Buku:

Google

Dekon telah diilhamkan oleh Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said ketika beliau berusaha untuk menjelaskan dan memberikan ceraman kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tentang novel terbaharunya, Daerah Zeni. Dekon berasal daripada dua perkataan iaitu “deklamasi” dan “lakon”. Menurut Kamus Dewan, deklamasi bermaksud pembacaan sajak dan sebagainya dengan menggunakan lagu dan gaya ketika menyampaikannya.

Lakon pula membawa makna perihal memainkan sesuatu peranan atau watak. Dalam konteks seni dekon pada hari ini, ia bolehlah didefinisikan sebagai “penceritaan yang dilakonkan”, “ucapan atau madah yang disampaikan dengan aksi dan emosi” atau “berkata-kata dengan penuh perasaan dan dilakonkan.”