Buku

Perubahan Alam Sekitar Bumi

Penulis: Compton’s by Britannica

ISBN: 9789830688398

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Ensiklopedia

Beli Dalam Talian:

Ensiklopedia Perubahan Alam Sekitar Bumi menghimpunkan beberapa judul rencana daripada Compston’s Ensyclopedia yang berkaitan dengan topik perubahan iklim. Kebanyakan rencana telah dikembangkan dan diberi suntikan baharu khusus untuk buku ini tetapi ada juga rencana yang belum pernah diterbitkan.

Buku ini terdiri daripada empat bahagian dengan setiap bahagian mempunyai fokus khusus atau tema yang sama.

Bahagian pertama, memfokuskan tentang iklim yang memaparkan rencana tentang iklim, kesan rumah hijau, pemanasan global dan Protokol Kyoto.

Bahagian kedua menyelongkar jaringan kehidupan melalui rencana tentang ekologi, biogeografi, biodiversiti, spesies terancam, pemusnahan hutan dan penggurunan.

Bahagian ketiga membincangkan tentang pencemaran alam sekitar, pemuliharaan, environmentalisme dan undang-undang berkaitan alam sekitar.

Bahagian terakhir iaitu bahagian keempat pula meneliti tentang planet Bumi dan sistem yang berkaitan dengannya.