Buku

Penulisan Tugasan & Tesis

Penulis: Jonathan Anderson, Milicent Poole

ISBN: 9789830686264

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan

Beli Dalam Talian:

Buku ini merupakan rujukan asas atau standard untuk membantu pelajar dalam semua aspek penulisan tugasan, laporan, kertas akhir semester, projek disertasi atau tesis.

Maklumat dan garis panduan yang jelas tentang format untuk membantu memperbaiki penulisan formal anda dapat diperoleh dengan mudah dalam buku ini.

Untuk edisi keempat ini, Penulisan Tugasan & Tesis tergolong dalam genrenya tersendirinya yang selama 30 tahun menjadi rujukan klasik dan panduan penulisan bagi para professional dan pelajar.

Edisi keempat ini dikemas kini secara menyeluruh dengan mengambil kira impak perkembangan teknologi maklumat terhadap penulisan dan penyelidikan.

Bahagian baharu termasuklah penjelasan tentang petikan dan rujukan yang dibuat berdasarkan pelbagai rujukan maklumat dan sumber elektronik, penggunaan enjin pencarian secara berkesan dan cara mengelakkan ralat dalam penulisan.