Buku

Pelamin Mahabbah

Penulis: Nazri Hussein

ISBN: 9789670798981

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Kehidupan ialah landskap pelamin yang menguntumkan harum cinta. Mekar dan ranum mahabbah biar sampai ke syurga. Meski diuji dengan runcing duri duniawi, usah dibiarkan rekak disambar badai yang berkocak. Binalah taman-taman bahagia dengan seluhur cinta yang dimulakan dengan lunak bahasa indah bermetafora.

Puisi ialah hidangan yang manis, enak dan menyelerakan halkum nurani. Jamulah dengan kornea mata yang masuk dan mengalir ke kerongkong jiwa. Kejernihan diksi pasti membasahkan sanubari di tengah gelodak duniawi yang digelegakkan oleh segala buih songsang dan menjelikkan.

Pelamin Mahabbah ialah runtunan hati penyair yang merakamkan warna-warni kehidupan melalui sisi zahir mahupun menjengah jauh ke alam batiniah dan rohaniah.