Buku

Negara Tercinta

Penulis: Ghazali Lateh

ISBN: 9789674300340

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Pantun/Syair

Beli Dalam Talian:

Lazada

Syair dikatakan bukanlah puisi asli Melayu bahkan ia disadur daripada tradisi kesusasteraan Islam. Sarjana awal seperti Emeis (1952) menyatakan bahawa syair biasanya panjang-panjang, bentuknya sederhana, dan sajaknya mudah. Syair berisi ceritera angan-angan, sejarah, dan petua. Namun demikian syair kemudian digunakan oleh para karyawan, ulama, dan pelbagai golongan manusia untuk menyampaikan fikiran mereka.

Syair Negara Tercinta ini dikarang untuk mengungkapkan semangat cinta akan tanah air. Melalui kumpulan syair ini, Ghazali Lateh cuba memperkenalkan negara Malaysia kepada pembaca dengan cara santai. Khayalak sasaran beliau ialah generasi muda yang semakin renggang hubungannya dengan puisi-puisi tradisional yang diwarisi sejak zaman berzaman.