Buku

Libau Rentap; Bukan Penyerahan

Penulis: Jais Sahok

ISBN: 9789674303075

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Lazada

Warna setempat berwajah Sarawak tidak banyak hadir dalam drama Melayu. Inilah permulaannya. Enam belas buah skrip drama dari bumi Sarawak ini diwujudkan untuk mengisi persada drama dalam sastera Melayu Kebangsaan dan Nusantara bagi memberi warna etnik, memandangkan iklim semasa yang monotoni sifatnya, jauh daripada mewakili variasi yang dimiliki oleh negara dan rantau ini. Kumpulan drama bertemakan politik, pertentangan antara budaya moden dan klasik, sejarah, peperangan, adat dan resam etnik, pendidikan, patriotisme, kekeluargaan, pembinaan jati diri dan sebagainya ini merupakan suatu interpretasi sosiodrama yang unik. Karya ini dicanai buat tatapan generasi masa depan melihat inti dan kebenaran perjuangan dalam berkarya. Penulisan genre ini bukan sahaja menuntut kerincian dan ketekunan yang seni, justeru juga menuntut kekuatan diri pengarang yang Allah sahaja Maha Tahu betapa landaan ujian harus ditanggungnya. Apatah lagi denai perjuangan itu demikian panjang lagi jauh.