Buku

Sebuah Dunia Surealis

Penulis: Shapiai Muhammad Ramly

ISBN: 9789670869681

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Sebuah Dunia Surealis mengumpulkan 13 cerpen buah tangan Shapiai Muhammad Ramly yang menyentuh pelbagai tema dan persoalan kehidupan. Cerpen Sebuah Dunia Surealis menampilkan tema yang berbeza daripada biasa yang mengajak pembaca berfikir tentang surealis dalam realiti kehidupan. Cerpen ini memerlukan banyak tafsiran di balik tulisannya walaupun dalam pengisahannya, penulis mengajak pembaca berfikir tentang kepentingan graviti terhadap kehidupan manusia, kehidupan manusia pada zaman kemajuan yang banyak dibantu oleh robot dan keadaan bumi yang semakin tenat disebabkan oleh kegiatan yang dilakukan oleh manusia.