Buku

3 Kuntum Hujan

Penulis: Darma Mohammad

ISBN: 9789674300722

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Semua jari menunding kepada ‘Hujan’. Kemudian semua pihak sedap-sedapan dengan menghirup kopi masing-masing. Kami temui bunyi yang kami cari. Bunyi inilah yang kami takuti selama ini. Dahulukala, kami sudah hantarkan beberapa pucuk surat kepada pihak berwajib agar lereng bukit itu jangan diusik, kerana kata kami, bukit itu ada nyawa. Banyak pihak mentertawakan kami, kerana mereka anggap kami ini percaya perkara khurafat. Mereka tidak faham apa yang kami maksudkan sebagai ‘nyawa’ dalam surat-surat kami itu. Bukit bertutur dengan bahasanya.