ISBN: 9789830687582
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 55.00 / 60.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Penterjemahan
Konsep Asas dan Model untuk Latihan Jurubahasa dan Penterjemah menyediakan asas kepada pembaca tentang konsep yang diperlukan untuk memahami prinsip, isu dan masalah yang sering dihadapi dalam bidang terjemahan dan kejurubahasaan profesional. Karya ini membimbing pembaca bermula daripada pengenalan kepada isu komunikasi asas sehinggalah perbincangan tentang betapa perlunya penyelidikan terjemahan, seterusnya perbincangan tentang isu kesetiaan, strategi dan taktik terjemahan dan kejurubahasaan, pengetahuan yang diperoleh secara ad hoc, punca kesilapan dalam terjemahan, serta kognisi terjemahan dan kejurubahasaan.