Buku

Haruman Kata-Kata

Penulis: Nawawee Mohamad

ISBN: 9789674304324

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori:

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Sajak Remaja: Haruman Kata-kata hadir sebagai satu usaha untuk mengenalkan sajak remaja kepada khalayak yang selama ini lebih terdedah kepada cerpen dan novel. Sajak remaja sering dikesisikan, sedangkan genre ini merupakan medium terbaik untuk memperkenalkan sastera kepada golongan sasar ini.

Kumpulan sajak yang dibahagikan kepada tiga subjudul, iaitu “Haruman Kata-kata”, “Haruman Cinta Ilahi”, dan “Harum Jasa Guru” ini memperlihatkan kepekaan pengarang terhadap persekitaran remaja yang berkait tentang moral, kemanusiaan, kecintaan, dan alam kehidupan di dunia ini.

Gaya penulisan yang mudah dan makna sajak yang senang di cerna membolehkan pelahiran kata-kata dalam sajak ini mengalir langsung ke deria fikir pembaca. Sebagaimana harumnya kata-kata yang ditulis, sebegitulah harumnya maksud yang ingin dititipkan.