Buku

Gadis dan Cermin Masa Depan

Penulis: Mohd Helmi Ahmad

ISBN: 9789674607678

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Jiwa remaja penuh dengan konflik diri, keluarga, rakan sebaya, dan masyarakat di sekelilingnya. Menyedari hakikat itu, Mohd Helmi Ahmad bukan sahaja menyelami setiap keluk kehidupan remaja, malahan berkongsi rasa dan resah remaja melalui Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan ini. Gaya penulisan yang “smart” dan “catchy” oleh penulis buku ini jelas mampu memukau minda remaja kini yang sentiasa mempunyai sikap ingin tahu dan lebih kritis pemikirannya. Kepelbagaian konflik jiwa remaja dan suka duka alam remaja yang mewarnai kumpulan cerpen ini menjadikannya sebuah karya yang sarat dengan subjek cerita yang mencabar minda remaja. Istimewanya, naskhah ini juga menggabungjalinkan agama dan budaya pelbagai bangsa supaya dapat memupuk kematangan generasi muda masa kini agar lebih mementingkan toleransi dan perpaduan kaum. Dalam skop yang lebih luas, “cermin masa depan” itu ibarat cerminan generasi masa depan.