Buku

Faust

Penulis: Johhan Wolf Ganang Von Goethe

ISBN: 9789830688053

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 150.00 / 165.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Faust merupakan sebuah naskhah fiksyen klasik Jerman karangan Johann Wolfgang von Goethe yang disampaikan dalam bentuk puisi drama panjang, dengan menampilkan aspek kesusasteraan dan falsafah yang tinggi nilainya. Faust dianggap sebagai karya besar Goethe yang masih berpengaruh hingga kini dan dikatakan mempunyai daya pesona yang besar dalam dunia sastera, teater dan kegiatan seni. Karya ini juga sudah banyak difilemkan dan diperbahaskan secara intelektual dalam dunia sastera.

Faust yang berlatarbelakangkan sejarah awal abad ke-20 Jerman dan Eropah mengisahkan naluri manusia yang ingin menuju kesempurnaan, sanggup mengorbankan jiwa raga demi mengejar keasyikan dan kesenangan dunia. Buku ini menceritakan pakatan yang dibuat oleh seorang insan dengan syaitan yang melampaui batas moral seorang manusia.

Jalan cerita dalam naskhah ini memaparkan nilai ilmiah, falsafah dan estetika yang tinggi, keperibadian insan serta gelojak dalam diri dalam menangani soal moral dan keinginan tanpa bendungan. Naskhah ini seharusnya menjadi iktibar kepada semua insan agar bijak merencanakan hidup demi mengejar cita-cita dan tidak terus hanyut dilanda cabaran yang tiada batasnya. Banyak pengajaran lain yang dibawa dalam naskhah ini dan banyak imbauan yang boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan dan renungan oleh khalayak pembacanya.