Buku

Falsafah Ibnu Khaldun

Penulis: Ahmad Sunawari Long

ISBN: 9789674307059

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Falsafah

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Ibnu Khaldun merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal lagi berpengaruh pada zamannya dan menjadi tokoh negarawan, sejarawan, ensiklopedia, sosiologis dan ahli falsafah terbilang. Beliau mengarap pelbagai persoalan dan klasifikasi ilmu termasuk ilmu kalam, ekonomi, falsafah, logik, politik, psikologi dan sosial yang terangkum dalam perbincangan falsafah. Beliau juga terkenal sebagai seorang pemikir yang jujur, dan realis yang mengkritik kelemahan manusia sebagai komponen utama masyarakat yang sukar menerima proses pembaharuan dan enggan bersikap terbuka terhadap permodenan. Tokoh ini juga mengetengahkan kaedah analisis kandungan terhadap bahan-bahan, kebolehpercayaan terhadap sumber, mengenal pasti dalam memahami maksud, menyisihkan kepercayaan yang akrut serta kegagalan memahami peristiwa dalam konteks yang sebenar.

Sesuai dengan maksud falsafah iaitu hikmah atau kecintaan kepada kebenaran pada judul buku ini, tentunya penerokaan terhadap falsafah Ibnu Khaldun dapat menyegarkan kembali pemikiran pencinta kebenaran. Sebanyak 18 buah kertas kerja daripada 18 orang pengkaji, membincangkan falsafah Ibnu Khaldun secara tuntas.