Buku

Dunia Pasca-Amerika

Penulis: Fareed Zakaria
Penterjemah: Amir Muslim

ISBN: 9789830686752

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Politik

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Buku ini bukanlah tentang kemerosotan Amerika tetapi tentang kebangkitan kuasa lain.” Begitulah Fareed Zakaria memulakan karyanya yang penting ini. Beliau menjelaskan betapa kini, AS tidak lagi menguasai ekonomi global, mencatur geopolitik dunia, mahupun mengatasi negara lain dari segi budaya.

Beliau melihat “kebangkitan kuasa lain.” Iaitu kemaraan politik dan pertumbuhan ekonomi negara seperti China, India, Brazil, Rusia dan lain-lain bakal mencorakkan dunia. Bangunan tertinggi, empangan terbesar, filem terbanyak dikeluarkan dan telefon bimbit yang termaju semuanya dihasilkan diluar AS. Pertumbuhan ekonomi ini semakin meningkatkan keyakinan politik dan maruah negara tersebut dan dalam masa yang sama berpotensi menimbulkan masalah antarabangsa. Apakah yang harus dilakukan oleh AS untuk bergerak maju dalam suasana antarabangsa yang pesat berubah ini? Apakah yang dimaksudkan dengan hidup dalam era yang benar-benar global? Semuanya akan dijawab dengan jelas oleh Fareed Zakaria apabila beliau menggariskan penyebaran kuasa yang sedang berlaku dan iktibar yang perlu diambil oleh AS daripada sejarah silam untuk membantunya berdepan dengan cabaran dan peluang dalam dunia pasca-Amerika.

FAREED ZAKARIA ialah hos rancangan CNN, Fareed Zakaria GPS dan pengarang majalah Newsweek International.