Buku

Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II

Penterjemah: Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff

ISBN: 9789830684666

Tahun Terbit: 2009

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Bahasa

Beli Dalam Talian:

Buku Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II ini merupakan lanjutan daripada buku Bahasa Verbal dan Bukan Verbal yang digarap menerusi bidang ilmu linguistik, sastera dan peradaban. Perbincangan dimulai dengan aspek bahasa dalam komunikasi ruang siber yang telah menghasilkan bahasa hibrid diikuti analisis iklan silang budaya Arab-Melayu, penggunaan kata pemeri bahasa Melayu, pemerian lakuan bahasa pertanyaan dalam sesi kaunseling, metafora leksikal ‘bulan’ dan ‘bintang’ dalam bahasa Melayu, kesilapan Afiks ‘di-’ dalam bahasa, seterusnya kajian risalah kesihatan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kesihatan kepada masyarakat umum.

Dari sudut sastera, perbincangan berkisar pada bahasa verbal sebagai pengucapan bersuara untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan lantas memperlihatkan identiti pengarang berkenaan.

Dari segi peradaban, perbincangan dibuat tentang kesantunan bahasa komunikasi dalam peradaban Melayu menggunakan artifak Muzium Seni untuk memahami bahasa bukan verbal dalam konteks seni tidak nyata dalam budaya kontemporari.

Dari sudut hukum syarak Islam pula penggunaan komunikasi verbal dan bukan verbal ini dilihat hadir dalam komunikasi yang lebih luas, iaitu meliputi hukum muamalat dan ibadat.