Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Tirai Kasih Pentas Budi

Penulis: Nor Azlin Hamidon, Maizira Abdul Majid, Mohammad Nazzri Ahmad

ISBN: 9789674608200

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 50.00 / 55.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Tirai Kasih Pentas Budi merupakan festschrift terbitan khas Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebagai dedikasi istimewa untuk Profesor Emeritus Datin Dr. Rahmah Haji Buang. Terhasilnya festschrift ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam permartabatan bidang seni persembahan dan seni budaya di persada antarabangsa.

Himpunan 20 buah makalah dalam buku ini merupakan sumbangan kasih teman-teman sperjuangan dan bekas anak-anak didik beliau, khususnya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana. Penerbit ini secara langsung memperlihatkan keluasan bidang ilmu yang telah diterokai oleh penyumbang-penyumbang makalah festschrift ini dan secara langsung mencapah minda pembacanya dengan pelbagai dapatan analisis dan kajian.

Namun demikian, sumbangan makalah ini terlalu kecil berbanding dengan limpahan jasa dan bakti beliau yang tidak ternilai dalam pelbagai bidang ilmu. Diharapkan agar permata ini terus bergemerlapan untuk mencahayai dan mewarnai persada seni budaya Melayu.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial