Buku

Terbelah Bintang Subaru

Penulis: Leyla Shuri

ISBN: 9789674305826

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 45.00 / 50.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Novel ini merupakan sebuah fiksyen sejarah yang memaparkan konflik kehidupan dua golongan keluarga dalam masyarakat Jepun. Cerita mengambil latar belakang kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada tahun 1933 di pesisir pantai yang menghadap Lautan Pasifik. Tsunami yang berlanjutan akibat daripada gempa bumi itu telah memisahkan sebuah keluarga nelayan.

Yutaka dan Sachiko dua adik beradik, terperangkap dalam sebuah dunia yang berbeza serta berhadapan dengan masyarakat Jepun yang mula diterobos oleh anasir-anasir luar, khasnya dari barat, selepas diselamatkan oleh keluarga kaya. Dengan keteguhan hati warisan dariapda sifat mandiri keluarga nelayan, mereka menjalani kehidupan baharu dan cekal. Konflik antara manusia berlainan kelas dan kedudukan turut merumitkan susur galur keturunan yang berpegang kuat pada nilai-nilai tradisi.

Diadun dengan budaya dan adat tradisi Jepun, novel ini merupakan sebuah gambaran yang jelas tentang cinta, sikap, sifat dan cerita di sebalik kegemilangan empayar besar di Jepun.