Buku

Suria Baghdad Berwarna Biru

Penulis: Nazmi Yaakub

ISBN: 9789674307806

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Baik pada tandus Sahara, keras perbukitan, riuh kota atau sunyi daerah, 16 buah cerpen yang bertingkah dalam kumpulan cerpen ini, tampil sebagai ranah dan landas yang mengapungkan pertembungan sisi hitam dan putih pada lapisan kemanusiaan.

Pertembungan ini muncul pada latar yang bergolak daripada emosi, perasaan dan pemikiran dalam mencari makna hidup hinggalah datar yang dikacau oleh peperangan, pertelingkahan serta perseteruan yang merentangi dari tanah air dan negara serantau kepada wilayah terdera yang diwakili Mesir, Palestin, Iraq dan Pakistan.

Di sebalik pertembungan meletakkan dua watak atau pihak pada penjuru yang bertentangan, cerpen seperti “Suria Baghdad Berwarna Biru” cuba mencari kewarasan di sebalik pewarnaan hitam-putih yang dibuat secara melulu tanpa didahulukan kebijaksanaan dalam mentafsirkan warna sebenar yang ada pada pelbagai latar kemanusiaan.