Buku

Siri Ilmiah APM-ITBM: Pembelajaran Bahasa Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Lambat Belajar)

Penulis: Puteri Roslina Abdul Wahid, Nur Azimah Mohd Bukhari, Nurul Haniza Samsudin

ISBN: 9789674607319

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku ini memperkatakan tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas bagi kategori bermasalah pembelajaran atau lambat belajar (slow learners). Hal ini amat berkaitan dengan falsafah pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara. Pembelajaran bahasa Melayu yang difokuskan ialah kemahiran asas membaca. Isu berkaitan masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) masih lagi diperkatakan saban tahun. Masalah pembelajaran ini dikatakan berpunca daripada sistem kenaikan kelas secara automatik yang digunakan dalam sistem persekolahan di Malaysia. Buku ini dihasilkan bagi membantu guru mengetahui jenis gaya belajar kanak-kanak lambat belajar. Fokus perbincangan dalam buku ini ialah pembelajaran bahasa kanak-kanak berkeperluan khas dengan tumpuan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau lambat belajar. Di samping itu, penekanan diberikan kepada tiga gaya belajar, iaitu gaya belajar visual, gaya belajar auditori dan gaya belajar kinestetik. Selanjutnya, penulis akan membincangkan kefahaman dan kesediaan kanak-kanak lambat belajar dalam bahasa Melayu. Kanak-kanak yang dirujuk dalam buku ini ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau lambat belajar yang dipilih berdasarkan laporan pakar perubatan. Pemerhatian dibuat untuk menentukan gaya belajar yang dominan diamalkan oleh kanak-kanak ini dan disusuli dengan pemerhatian terhadap kefahaman berdasarkan gaya belajar yang dominan dilakukan. Buku ini amat sesuai bagi ibu bapa, pengajar, guru dan pengkaji yang berminat dalam pembelajaran kanak-kanak bermasalah pembelajaran khususnya kanak-kanak lambat belajar.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial