Buku

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS : Murut dan Pelbagai Etnik Lain di Sabah

Penulis: Kntayya Mariappan, Paul Porodong

ISBN: 9789830688619

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 50.00 / 55.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana

Beli Dalam Talian:

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS ini merupakan hasil kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penerbitan buku dalam siri ini merupakan hasil kajian UMS yang menumpukan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik di Sabah dan Borneo. Segala maklumat yang lengkap didokumentasikan ini boleh menjadi rujukan penting bagi mengkaji dan memahami tatacara kehidupan etnik-etnik yang terdapat di Sabah.

Di Sabah, terdapat banyak kumpulan etnik kecil yang mempunyai ciri-ciri budaya yang tersendiri dan masih kukuh dengan identiti masing-masing. Biarpun bilangan mereka agak kecil, tetapi keunikan setiap kumpulan etnik ini terus terpelihara. Buku ini akan membawa kita mengenali keunikan tersebut yang sudah tentunya dapat meluaskan penghayatan dan penghargaan kita terhadap kerencaman warisan budaya dan etnik yang terdapat di negara ini.