Buku

Pok Ya Cong Codei (Kompilasi Fan Art)

Penulis: Sabri Yunus

ISBN: 9789674607838

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Pok Ya Cong Codei, seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang datuk yang kononnya dilarikan seorang lelaki.

Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar gedebe yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.

*Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thailand merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya.