Buku

Pantun: Gemerlap Permata Silam

Penulis: Siti Zaleha M.Hashim

ISBN: 9789674300425

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Pantun/Syair

Beli Dalam Talian:

Lazada

Pantun menjadi khazanah sastera tradisional Melayu yang sangat bernilai sehingga keistimewaannya dikaji oleh para sarjana tempatan dan sarjana Barat. Skop kajian terhadap pantun sering dirujuk kepada bentuk dan struktur, tema dan isi serta fungsi dan penyebarannya.

Dalam Pantun: Gemerlap Permata Silam ini pembaca diberi pendedahan terhadap jenis-jenis pantun, sejarah pantun selain panduan mengenal jenis-jenis pantun, bahagian-bahagian pantun, unsur-unsur dalam pantun serta proses penciptaan pantun. Anda akan dapati pengalaman mengarang pantun amat berharga; proses ini akan membuka cakerawala minda dan menghaluskan lagi perasaan.

Cantik kembang bunga melati,
Tumbuh sebatang di tepi kota;
Patah tumbuh hilang berganti,
Adat pusaka terpelihara juga.