Buku

Nota Puisi Seorang Lelaki

Penulis: Abang Median Abang Said

ISBN: 9789674307981

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Nota Puisi Seorang Lelaki menampilkan 55 buah puisi yang mewakili nota rasa paling dalam sehingga merajut akar permasalahan dan akar persoalan yang ditekuni oleh hati lelaki penulisnya. Nota-nota puisi yang terakam dalam naskhah ini bukan hanya membawa pembaca mengembara ke daerah asing tetapi juga mengembara rasa untuk menyelami getar, denyut nadi dan gelodak jiwa masyarakatnya. Pengalaman terasing di daerah luas Baram (sebesar negeri Pahang), dengan perbezaan budayanya memberi rasa yang cukup menggayakan kemanusiaan penulis sebagai seorang lelaki.

Nota-nota puisi ini juga merangkumi seluruh pengalaman kehidupan penulis sebagai pendidik yang banyak bergelumang dengan tanggungjawab memandaikan anak bangsa yang tentunya tidak sama dengan pengalaman orang lain. Keseluruhan panca indera dianyam sebaik-baiknya agar nota-nota yang ditulis dimanfaatkan oleh generasi pembaca.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial