Buku

Musim Hujan

Penulis: Hamir Habeed Mohd

ISBN: 9789674303716

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Penyair, melalui 71 buah puisinya, mengungkapkan pelbagai persoalan. Sebahagian puisinya bersifat memesan, mengajar, mengingatkan, menasihatkan, serta memotivasikan remaja agar sentiasa bersemangat dan berjiwa kental, jiwa terisi dengan perjuangan dan patriotisme, sensitif terhadap masalah sosial dan alam sekitar dan yang paling utama, mengenali diri sendiri sebagai generasi muda yang perlu membentuk kekuatan dalaman dan luaran, dalam perjalanan menongkah arus kehidupan. Proses penciptaan puisi-puisi yang dihasilkan sejak awal tahun 1990-an sehingga 2012 ini telah lama bermain-main di fikiran, dibayangkan dan dirasai penyair, dengan menggunakan bahasa dan lenggok wacana yang mudah dihadam namun penuh dengan perlambangan yang indah sehinggalah terhasilnya kumpulan puisi khas untuk remaja ini. Nyata, kemahiran, pengalaman dan kerjaya perguruan yang digelumangi penyair telah mewarnai kumpulan karya puisi ini.