Buku

Malam Ini Malam Berinai (Puisi Pilihan Usman Awang 1)

Penulis: Usman Awang

ISBN: 9789674603052

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Sasterawan Negara Usman Awang ialah penyair milik rakyat malaysia. Maka oleh sebab itulah, tiga siri kumpulan puisi pilihan ini dikumpulkan untuk memperkenalkan susuk kepenyairan Usman Awang semula kepada khalayak penggemar puisi. Selain kembali menyuburkan rasa cinta dalam kalangan peminat puisi Usman Awang, siri ini juga menghulurkan tangan kepada pembaca yang baru ingin mengenali karyanya.

Malam ini Malam Berinai merupakan gubahan kata-kata cinta seorang penyair. Dalam buku ini, kita menemukan kemanisan bibir seorang kekasih dan kesetiaan hati seorang anak melalui puisi-puisi terkenal Usman Awang seperti “Kekasih”, “Ke Makam Bonda”, “Dari Bintang ke Bintang” serta “Pemuda dan Gadis Tionghua”.