Buku

Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain

Penulis: Baha Zain

ISBN: 9789674302603

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 150.00 / 165.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Buku ini menghimpunkan 150 puisi pilihan daripada ratusan karya Baha Zain sejak mula menulis pada 1958. Menolak kesenangan, resah dan khayalan, Baha Zain sebaliknya memilih hidup berpaksikan idealisme: cinta, revolusi, sepi dan ‘kecuali yang pasti’. Menyusuri bait puisi di dalam buku ini ibarat mendinginkan api yang sedang marak, menyiram bunga sedang kembang, menyubur kasih yang sedang mekar, juga merawat hati yang duka apabila berhadapan retorik yang melukakan. Ia umpama segala-galanya: bercinta dan menceritakan; mengimbas kenangan dan menata kejujuran teguran serta sindiran sambil berlagu menyanyikan kata dan hati nurani – tersurat mahupun tersirat.

Penerbitan ini turut disertakan cakera padat rakaman 14 puisi yang dideklamasikan Baha Zain secara eksklusif di studio dan diiringi muzik yang diilhamkan khusus sekumpulan anak muda berbakat. Terbitan edisi terhad ini disediakan untuk 100 pembeli terawal sahaja yang akan menerima buku bernombor siri, tandatangan dan cop mohor penulis.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial