Buku

Kuntum Perdamaian

Penulis: Azmah Nordin

ISBN: 9789674300241

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen oleh Azmah Nordin pemenang Anugerah S.E.A Write Award 2009 mengandungi 15 buah cerpen terbaiknya. Cerpen dalam kumpulan ini merupakan karya yang sudah teruji daripada pengarang yang ternama. Azmah Nordin memiliki nilai tersendiri dalam peta kesusasteraan Malaysia sejak tahun 80-an. Azmah Nordin sendiri merupakan subjek penting dalam sejarah kesusasteraan Malaysia dan sering dikaji oleh pengkritik dan sejarawan sastera. Kelebihan ketara cerpennya ialah perincian maklumat tentang satu-satu subjek yang dijadikan bahan cerita.

Kuntum Perdamaian ialah sebuah cerpen mengenai kasih sayang dan pengorbanan seorang anak bernama Atiqah terhadap ibunya yang menjadi mangsa perang dan koma di Negara Teluk. Atiqah mempertahankan mesin bantuan hayat daripada dicabut oleh pihak hospital kerana percaya ibunya akan pulih dari koma. Memang ibunya pulih dan terus hidup tetapi Atiqah menjadi korban peperangan selepas itu.