Buku

Kraf dan Resipi Dunia: Panduan Kraf dan Resipi Jepun

Penulis: Juliet Haines, Mofford
Penterjemah: Nor Idatul Akmar Zukipli

ISBN: 9789674601867

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Alami sendiri keindahan dan budaya rakyat Jepun dengan menggunakan barang kegunaan rumah untuk menghasilkan semula kraf tradisional seperti patung kokeshi dan origami burung jenjang. Ketahui legenda yang membawa tuah sambil anda membentuk patung Kucing Pembawa Tuah atau mewarnakan patung Daruma yang buta. Raikan hari cuti seperti orang Jepun dengan memasak mochi dan mi menghormati bulan, ataupun dengan mewarnakan puisi sumi-e yang bermusim. Sebagai negara yang menghormati tradisi, Jepun merupakan salah satu negara yang termaju dari segi teknologi. Jangka hayat orang Jepun juga adalah yang paling panjang di dunia, yang mungkin sekali disebabkan oleh diet mereka.

Ketahui cara mereka yang tinggal di negara yang sesak ini bergantung pada laut untuk mencari makanan, kemudian cuba hasilkan masakan salmon teriyaki dan ozoni, sejenis sup yang mengandungi udang. Hayatilah buku ini untuk berkongsi budaya orang Jepun, yang kaya dengan rasa cinta terhadap alam semula jadi dan ungkapan seni dalam kehidupan seharian.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial