Buku

Kena Main

Penulis: Khalid Salleh

ISBN: 9789670798912

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

KENA MAIN 1. terpaksa main; 2. mesti main: - memperlihatkan apa yang dipermainkan atau dipersembahkan itu layak atau tidak untuk majlis besar yang dihadiri banyak orang kenamaan dan tokoh masyarakat yang disegani serta dihormati.

Kena Main juga mengandungi pengertian “permainan” segolongan manusia yang mencari peluang dan kesempatan “menahan lukah di pergentingan” daripada kelemahan atau masalah yang menimpa dalam kalangan masyarakat atau rakan taulan.

Kena Main; naskhah teater yang mesti dirujuk oleh semua lapisan masyarakat. Ia adalah wajah teater semasa yang sangat mendukung prinsip kebenaran dan kebatilan dalam kehidupan ini. Pementasan teater ini pada tahun 1992 pernah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records kerana menampilkan orang kurang upaya sebagai pemain utama.