Buku

Kemudi

Penulis: Joseph Conrad
Penterjemah: Morne Hashim, Hamidah Hassan

ISBN: 9789674604851

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Almayer’s Folly adalah novel pertama Joseph Conrad yang diterbitkan pada 1895. Conrad mula menulis Almayer’s Folly ketika beliau masih menjadi pelaut. Beliau menghabiskan lebih banyak masa menulis. Proses menulis manuskrip ini menjadi teman seperjalanannya ketika susah dan senang sebagai pelaut. Dari London ke Rouen ke Congo ke Switzerland ke Poland hinggalah kembali ke Perancis dan London. Di London beliau menyiapkan manuskrip Almayer’s Folly sebagai sebuah naskhah novel. Manuskrip ini pernah nyaris jatuh tenggelam di Sungai Afrika dan nyaris tertinggal di tandas keretapi dalam perjalanannya ke Poland. Namum ia tetap terselamat.

Almayer’s Folly ditulis berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan kajian yang mendalam daripada buku-buku tentang Tanah Melayu.

Watak Almayer tercetus tatkala Conrad melihat Charles Olmeijer, seorang lelaki Belanda berkain sarung berdiri di tebing sungai dengan beberapa ekor angsa di Sungai Berau di Borneo. Conrad menghantar naskhah akhir beliau pada 1893 kepada T. Fisher Unwin dengan tajuk asal “Kamudi”.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial