Buku

Kejurubahasaan Komuniti Merentasi Sempadan

Penulis: Carmen Valero-Garces, Anne Martin

ISBN: 9789674303105

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Dalam persidangan dan literatur kejurubahasaan komuniti, terdapat satu isu hangat yang kerap muncul : peranan jurubahasa. Apakah norma yang melaluinya pemudah cara komunikasi membentuk peranan mereka? Adakah terdapat hanya satu peranan bagi jurubahasa komuniti atau terdapat beberapa peranan? Adakah kejurubahasaan komuniti bermatlamat untuk memudahkan komunikasi, memberikan kuasa kepada individu dengan memberikan mereka suara atau dari sudut yang lebih luas, menyelaraskan semula keseimbangan kuasa dalam masyarakat? Dalam jilid ini, sarjana dan pengamal dari pelbagai negara mengutarakan persoalan ini dengan memberikan sampel wakilan dalam kajian yang sedang dilaksanakan dalam kejurubahasaan komuniti dalam dunia Barat yang menjadi minat kepada semua pihak yang berkepentingan dalam kejurubahasaan jenis ini. Bab pengenalan membincangkan kerangka teori dan konteks yang lebih luas bagi perdebatan ini. Kemudian diikuti dengan bab yang menangani isu kod dan piawai dan seterusnya peranan jurubahasa dalam pelbagai latar berbeza: mahkamah dan polis, penjagaan kesihatan, latar pekerjaan dan perkhidmatan sosial.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial