Buku

Hubungan Etnik di Malaysia

Penulis: Wan Hashim

ISBN: 9789830685793

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Sejarah

Beli Dalam Talian:

Lazada

Fenomena hubungan etnik di Malaysia bermula sebelum Perang Dunia Kedua lagi ekoran kesan dasar colonial Inggeris yang membuka pintu Negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan Borneo Utara seluas-luasnya untuk diduduki oleh kaum imigran dari China dan India, walaupun kedatangan mereka pada mulanya dianggap bersifat sementara. Buku ini menyusur galur beberapa peristiwa dan isu yang membawa kepada ketegangan hubungan antara etnik Melayu-bukan Melayu serta kaedah yang digunakan Kerajaan untuk menangani ketegangan itu sejak negara berada di ambang kemerdekaan sehingga kini. Seperti buku yang asal, Race Relations in Malaysia, penulis masih menggunakan tesis “kegiatan mempolitikkan perbezaan antara etnik merupakan antara penyumbang utama ketegangan hubungan antara etnik di Malaysia.”

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menganggap buku ini istimewa kerana ia menggunakan kaedah multidisiplin yang menggabungkan ilmu sejarah dengan sosiologi. Lt. Jeneral Dato’ Pahlawan Hj. Zulkifli Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (hingga 18 Mei 2010) mengakui hubungan etnik sebagai salah satu ancaman utama terhadap keselamatan negara dan berpendapat ia perlu ditangani secara bijaksana.

Wan Hashim ialah Pensyarah dan Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (1974 – 2004), Ahli Parlimen Gerik (2004 – 2008), dan kini Profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi.