Buku

Gambus Maulana Ibnu Rahman

Penulis: Awang Karim Kadir

ISBN: 9789674600600

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Sesiapa yang mengenali dirinya,

nescaya akan mengenal Tuhannya.

Kumpulan drama ini yang memuatkan lima buah skrip drama pentas ini menjadi sebahagian daripada catatan perjalanan fikiran dramatis ini lahir secara kreatif; berinteraksi dan bermonolog dalam dunia imaginasi, lalu menjadi bait-bait kata dan berbicara tentang hidup masa kini dan masa lalu dengan sesekali mengimbas ke masa hadapan. Pergolakan jiwa manusia yang bermain dalam benak dramatis menjadi bahan karya yang diperturunkan secara dramatik dalam manuskrip ini yang relatif pendek.