Buku

Dunia Sophie

Penulis: Jostein Gaarder
Penterjemah: Hassan Ahmad

ISBN: 9789830682167

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 45.00 / 0.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Sejarah

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Beli e-Buku:

Google

Sophie, anak gadis berusia 14 tahun, menerima sepucuk surat misteri tatkala pulang dari sekolah pada satu hari. Surat tersebut melontarkan soalan aneh: Siapakah kamu? Dari manakah asalnya dunia ini – lantas bermulalah ‘Pengembaraan Sophie.’

Melalui surat daripada seorang ahli falsafah yang tidak dikenali, Sophie diajar mengenai falsafah, dan melaluinya juga Sophie mengenali ramai tokoh falsafah, daripada Socrates hinggalah kepada Sartre. Malah, melalui lelaki itu jugalah Sophie mula bertanyakan pelbagai soalan yang sebelum itu tidak pernah terlintas di fikirannya.

Selain itu, Sophie turut menerima beberapa surat misteri yang bukan ditujukan kepadanya. Siapakah Hilde, dan mengapakah suratnya boleh sampai ke dunia Sophie? Untuk merungkai teka-teki ini, Sophie perlu memanfaatkan ilmu falsafah yang dipelajarinya itu. Namun begitu, kebenaran yang dicari tidak semudah yang disangka.