Buku

Dunia Papionini

Penulis: Sarah Samsudin

ISBN: 9789674304454

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Terdengar suara-suara daripada sang monyet, tumbuhan kecil, kucing yang tertindas, seekor katak yang dalam dilema, juga orang kecil di tengah kota besar sehinggalah ke kedai kopi jauh di hujung kampung. Perlawanan dan perdebatan kata saling cuba untuk mencari pemikiran dan penyelesaian konflik yang membelenggu kehidupan seharian. Dua belas cerpen dalam kumpulan ini, bersuara dalam ruang mereka untuk menyampaikan hasrat nurani serta kritikan terhadap dunia mereka sendiri.

Dunia Papionini bukan sebarang dunia. Ini dunia yang melimpahkan suara, melontarkan pendapat dan mesej tersendiri dalam bentuk naratif kreatif.