Buku

Asas Pengurusan Perpustakaan

Penulis: Nooraini Ismail, Yushiana Mansor

ISBN: 9789674604059

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Bisnes & Pengurusan

Beli Dalam Talian:

Lazada Bookcafe

Sudah tiba masanya sebuah buku panduan tentang pengurusan perpustakaan dalam bahasa melayu dihasilkan untuk memberikan panduan kepad para pustakawan di seluruh negara. Sekian lama pengurusan perpustakaan di negara ini hanya bergantung pada bahan bantu pengurusan perpustakaan yang ditulis dari luar negara. Kini kita sudah mempunyai buku asas pengurusan perpustakaan yang ditulis oleh anak tempatan. Mereka mengaut pengalaman puluhan tahun dalam bidang ini dan ingin berkongsi pengalaman itu dengan anda yang tercari-cari bahan bacaan dalam bahasa ibunda. Kekurangan pengetahuan tentang hal ehwal kepustakaan pasti membuatkan buku ini amat berguna, terutamanya kepada mereka yang masih baru. Tidak semua kakitangan didedahkan terhadap latihan formal untuk pengendalian perpustakaan sebaik-baik sahaja mereka menjejakkan kaki di tempat kerja. Dengan memiliki buku ini, pustakawan pasti akan mendapat gambaran yang jelas tentang tugas dan peranan mereka apabila mula melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pustakawan.