Buku

Anekdot Ku Seman: Kayu Hulu Kapak

Penulis: Ku Seman Ku Hussain

ISBN: 9789674607968

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori:

“ANEKDOT Ahad” ialah kolum paling singkat dan terakhir Ku Seman Ku Hussain sepanjang bertugas di Utusan Melayu. Sebelumnya, beliau mewujudkan “Getaran Seni”, “Buai Laju-laju” dan “Halaman Akhir”, mencurahkan buah fikiran dalam bidang seni, budaya dan sosial.

Daripada ribuan tulisan yang dihasilkan sepanjang lebih tiga dekad menjadi wartawan, tulisan beliau pada dua tahun terakhir sebelum meletakkan jawatan adalah sangat kontroversial. Ia dianggap karya-karya kewartawanan yang terbina dengan penuh kematangan.

Kolum yang diwujudkan dalam Mingguan Malaysia sebaik-baik sahaja beliau memimpin akhbar paling besar edarannya di negara ini. Sosok peribadi dan pemikiran beliau menjadi pemangkin terhasilnya karya-karya yang luar biasa, penuh satira, santai dan tidak kurang juga pedas hujahnya.

Karya-karya dalam buku ini adalah hasil taakulan beliau terhadap masyarakat sekeliling, juga tindak balas terhadap persekitaran sosiopolitik, budaya serta pergolakan politik yang diperagakan oleh kuasa-kuasa besar dunia. Semua pengamatan ini mencetuskan pemikiran kritis dan analitikal seorang wartawan yang akhirnya tertuang di dalam tulisan beliau.

Kolum “Anekdot Ahad” diperkenalkan pada Julai 2013 hingga Ogos 2015. Kemudian beliau sendiri memberhentikannya biarpun sedang hangat diperkatakan di sana sini. Kenapa? Semua ada dalam buku ini.

Membaca buku ini bagaikan menjelajah pemikiran dan prinsip seorang wartawan yang terdidik dengan disiplin kerjaya yang tinggi.

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial