Kursus

Anda berminat untuk menguasai kemahiran menterjemah dan kejurubahasaan serta mendalami bahasa asing?

Akademi ITBM menyediakan kursus/latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana kondusif dan selesa serta menggunakan pelbagai teknik seperti latihan kerja individu/berkumpulan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Kepelbagaian metodologi ini bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

Selain jadual kursus/latihan yang disediakan, Akademi ITBM juga sedia menganjurkan kursus/latihan atas permintaan dan keperluan anda – di Wisma ITBM atau di lokasi pilihan anda.

Senarai dan pendaftaran kursus/latihan yang dikendalikan oleh Akademi ITBM DI SINI.

  1. Kursus/latihan Penterjemahan Am

    Ditawarkan secara sepenuh masa (10 hari) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.

  2. Kursus/latihan Bahasa

    Kursus/latihan ini ditawarkan mengikut permintaan anda. Bukan sekadar tentang bahasa, turut didedahkan aspek budaya masyarakat penuturnya.

  3. Kursus/latihan Lain

    Turut ditawarkan di ITBM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.

Pembayaran

- Maybank Berhad 512204217381
- JomPay
Biller Code: 15107
Ref-1: No. SRF
Ref-2: No. telefon pelanggan

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Akademi ITBM:

Talian am +603 4145 1976
Faks +603 4143 2964
E-mel akademi@itbm.com.my / info.blk@itbm.com.my