Latihan

Bengkel Pembacaan Pruf

sell RM 594.00
videocam Atas Talian
timer 18 jam / 3 hari berturut
calendar_month 05 Aug 2026 - 07 Aug 2026

Untuk membolehkan peserta berupaya untuk membuat pembacaan pruf menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks.

Bengkel Asas Kejurubahasaan

sell RM 648.00
location_on Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
timer 18 jam / 3 hari berturut
calendar_month 17 Sep 2026 - 19 Sep 2026

Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan yang betul dan sesuai mengikut konteks.

Webinar Penterjemahan ITBM 2026 | Sempena Hari Penterjemah Sedunia (30 Sep 2026)

sell RM 55.00
videocam Atas Talian
timer 3 jam / 1 hari
calendar_month 30 Sep 2026

(1) Memahami konsep asas AI dan LLM serta kaitannya dengan industri bahasa dan penterjemahan. (2) Mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap proses kerja dan peranan penterjemah dalam era AI. (3) Meneroka peluang kerjaya dan sumber pendapatan baharu dalam ekosistem AI, termasuk MTPE, AI Evaluation, Annotation dan Linguistic Validation. (4) Memahami perkembangan bidang lokalisasi seperti game, audiovisual, subtitle, dubbing, aplikasi dan perisian. (5) Mengenal pasti kemahiran dan kepakaran manusia yang terus diperlukan dalam industri penterjemahan walaupun teknologi AI semakin berkembang.

Bengkel Bahasa Melayu untuk Penterjemah

sell RM 432.00
timer 12 jam / 2 hari berturut
calendar_month 15 Oct 2026 - 16 Oct 2026

Untuk membolehkan peserta memantapkan pengetahuan bahasa Melayu daripada pelbagai aspek untuk tujuan terjemahan.

Bengkel Penyuntingan Terjemahan (Intensif)

sell RM 648.00
videocam Atas Talian
timer 24 jam / 4 hari berturut
calendar_month 14 Dec 2026 - 17 Dec 2026

Untuk membolehkan peserta berupaya mengenal pasti dan menyunting teks yang berbeza berdasarkan pertimbangan tertentu dengan menggunakan kaedah penyuntingan yang bersesuaian.

Jom Mantapkan Nahu (Edisi Cuti Sekolah: Siri 2)

sell RM 238.00
location_on Atas Talian
timer 6 jam / 1 minggu berturut
calendar_month 08 Dec 2026 - 09 Dec 2026

i. Memahami konsep tatabahasa bahasa Arab bagi topik yang berkaitan ii. Mengenal pasti fungsi komponen seperti al-Idhafah, al-Hal dan an-Nawaasikh dalam struktur ayat bahasa Arab dengan betul iii. Membezakan antara Maf'ulun fih dan Maf'ulun bih iv. Mengenal pasti komponen dalam teks bahasa Arab

Jom Berbahasa Mandarin (Pengenalan)

sell RM 594.00
location_on Atas Talian
timer 12 jam / 4 minggu
calendar_month 19 Sep 2026 - 10 Oct 2026

Tujuan utama program Jom Berbahasa Mandarin (Pengenalan) adalah untuk menarik minat orang awam mempelajari bahasa Mandarin yang merupakan antara bahasa terbesar di dunia. Selain itu, tarikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang sastera, falsafah dan budaya Cina menarik ramai penutur bukan asli untuk mempelajari bahasa Mandarin. Selain itu, antara objektif program ini adalah seperti berikut: i. Memperkenalkan kosa kata asas dalam bahasa Mandarin melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta ii. Menggunakan kosa kata dan frasa kata dalam perbualan harian. iii. Mendedahkan murid kepada sosiobudaya Cina, termasuk gastronomi, sukan, adat dan tradisi.

Bahasa Arab Ekspres

sell RM 238.00
location_on Atas Talian
timer 6 jam / 2 minggu
calendar_month 17 Oct 2026 - 24 Oct 2026

Objektif program Bahasa Arab Ekspres adalah seperti yang berikut: i. Menarik minat orang awam untuk mempelajari bahasa Arab yang kaya dengan seni, sastera, falsafah dan budaya. ii. Memperkenalkan kosa kata asas dan harian seperti sapaan dan nombor melalui aktiviti yang sesuai dengan keupayaan peserta. iii. Mempraktikkan kosa kata dan frasa Arab harian dalam perbualan.

Diploma Profesional Penterjemahan

sell RM 3,780.00
location_on Wisma ITBM, Kuala Lumpur
timer 18 jam / 15 minggu
calendar_month 10 Oct 2026 - 15 Jan 2027

1) Melahirkan penterjemah profesional yang kompeten dan berdaya saing. 2) Memantapkan pemahaman tentang proses penterjemahan yang sistematik dan beretika. 3) Memperkasa kemahiran komunikasi antara bahasa dan budaya melalui pendekatan keinsanan (human-centric). 4) Mengintegrasikan penggunaan teknologi penterjemahan terkini dalam setiap peringkat proses kerja. 5) Menerapkan aspek keusahawanan melalui pendekatan teori dan praktikal. Rancangan Pembelajaran: - Kuliah Mingguan (Kelas dalam Talian, setiap Sabtu, 9.00 pagi - 5.00 petang) - 11 kali - Rakaman Tutorial (Video: 2 jam x 3 video seminggu - Isnin, Selasa Rabu) - masa menonton terpulang kesesuaian masa peserta - Kelas hibrid (Pilihan : kelas dalam talian atau kelas bersemuka di Wisma ITBM, 9.00 pagi - 5.00 petang) 3 kali sepanjang program: Majlis Taklimat & Temu Kenal, Kelas kejurubahasaan dan Peperiksaan *semua kuliah/kelas dirakam. Boleh ditonton dalam Sites DPP yang dibuka untuk peserta sahaja.

Kursus Penterjemahan Am (Sambilan)

sell RM 1,620.00
videocam Atas Talian
timer 60 jam / 10 minggu
calendar_month 12 Sep 2026 - 21 Nov 2026

Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.