Latihan

Webinar: Terokai Bahasa Arab Merentasi Sahara

sell RM 33.00
timer 1 jam / 1 hari
calendar_month 02 Mar 2027

Deskripsi

Webinar “Terokai Bahasa Arab Merentasi Sahara” merupakan program pengenalan bahasa dan interbudaya yang memperkenalkan keunikan bahasa Arab melalui penerokaan budaya, kehidupan dan tradisi masyarakat Arab. Webinar ini menggabungkan pembelajaran bahasa dengan perkongsian fakta budaya secara santai, interaktif dan menyeronokkan.

Webinar ini terbuka kepada orang awam yang berminat untuk mengenali dan menerokai keindahan bahasa dan budaya Arab.

Tarikh : 2 Mac 2027 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Mod: Dalam talian (Zoom)

*Butiran lengkap webinar akan dimaklumkan kelak.

Kandungan

• Pengenalan kepada Dunia Bahasa Arab
• Sapaan dan Ungkapan Harian dalam Bahasa Arab
• Budaya dan Tradisi Masyarakat Arab
• Pengaruh Budaya Arab ke Alam Melayu

Keperluan

• Gajet seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar
• Capaian Internet yang stabil
• Kamera web (webcam)
• Buku nota dan pen

*Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Wan Nursalam (03-4145 1941)

Objektif

1) Mencambahkan minat dan motivasi peserta untuk menerokai serta mendalami bahasa Arab.
2) Meningkatkan kesedaran interbudaya serta menghargai kepelbagaian bahasa dan budaya dunia.
3) Memberi pendedahan tentang keunikan budaya, tradisi, makanan, gaya hidup masyarakat Arab.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir webinar, peserta berupaya:
1. Mengenal pasti ciri utama budaya, tradisi, makanan dan gaya hidup masyarakat Arab.
2. Membandingkan keunikan antara budaya masyarakat Arab dengan budaya setempat.
3. Menunjukkan sikap terbuka, hormat terhadap kepelbagaian bahasa dan budaya, serta minat untuk mendalami bahasa Arab.
4. Menyebut beberapa sapaan dan ungkapan harian mudah dalam bahasa Arab dengan sebutan yang betul.

Mod Pembelajaran

Kuliah

Medium Pembelajaran

Zoom

Medium Pengajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab

Sijil

Sijil Penyertaan Webinar (Sijil diberikan dalam bentuk digital)




Yuran Pemprosesan dan Komitmen (TIDAK DIKEMBALIKAN)