Akademi ITBM

Jika anda berminat untuk menguasai kemahiran menterjemah dan kejurubahasaan serta mendalami bahasa asing, Akademi ITBM menyediakan kursus/latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana kondusif dan selesa serta menggunakan pelbagai teknik seperti latihan kerja individu/berkumpulan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Kepelbagaian metodologi ini bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

Selain jadual kursus/latihan yang disediakan, Akademi ITBM juga sedia menganjurkan kursus/latihan atas permintaan dan keperluan anda – di Wisma ITBM atau di lokasi pilihan anda.

NOTA:
Antara kursus/latihan yang dikendalikan oleh Akademi ITBM:
NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Akademi ITBM:

  1. Analisis prakursus akan dijalankan untuk menentukan tahap kemahiran yang sesuai bagi setiap peserta.
  2. Bengkel/kursus/latihan dikendalikan dalam bahasa Melayu (bergantung pada keadaan).
  1. Kursus/latihan Penterjemahan Am

    Ditawarkan secara sepenuh masa (10 hari) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.

  2. Kursus/latihan Bahasa

    Kursus/latihan ini ditawarkan mengikut permintaan anda. Bukan sekadar tentang bahasa, turut didedahkan aspek budaya masyarakat penuturnya.

  3. Kursus/latihan Lain

    Turut ditawarkan di ITBM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

Pembayaran

  1. Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek, wang pos, draf bank atau deposit tunai. Jika bayaran dibuat melalui cek, wang pos atau draf bank, pembayaran hendaklah dibuat atas nama “Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad”.
  2. Pembayaran juga boleh dibuat atas nama Institut Terjemahan & Buku Malaysia melalui nombor akaun Maybank Berhad 512204217381. Bagi urus niaga yang dibuat melalui e-mel atau deposit tunai, pelanggan hendaklah menghantar salinan slip (yang diimbas/scan) melalui e-mel kepada Akademi ITBM (e-mel: training@itbm.com.my) sebagai bukti pembayaran.

Talian am +603 4145 1976
Faks +603 4143 2964
E-mel training@itbm.com.my / surayahani@itbm.com.my
Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial