ITBM Logo

Khidmat Latihan

Jika anda berminat untuk menguasai kemahiran menterjemah dan kejurubahasaan serta mendalami bahasa asing, ITBM turut menyediakan khidmat latihan/kursus yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana kondusif dan selesa serta menggunakan pelbagai teknik seperti latihan kerja individu/berkumpulan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Kepelbagaian metodologi ini bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

Klik di sini untuk jadual latihan mengikut bulan.

Selain jadual latihan yang tersusun, ITBM juga sedia mengatur latihan atas permintaan dan keperluan pelanggan – di Wisma ITBM atau di lokasi pilihan pelanggan.

NOTA:

  1. Analisis prakursus akan dijalankan untuk menentukan tahap kemahiran yang sesuai bagi setiap peserta.
  2. Bengkel/latihan/kursus dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Berikut ialah latihan yang dikendalikan oleh ITBM:

  1. Latihan Penterjemahan Am
    Ditawarkan secara sepenuh masa (10 hari) atau sambilan (setiap Sabtu selama 10 minggu), latihan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang terjemahan.
  2. Latihan Bahasa
    Latihan ini ditawarkan mengikut permintaan pelanggan dan istimewanya, peserta tidak sekadar diajar tentang bahasa, tetapi turut didedahkan dengan aspek budaya masyarakat penuturnya.
  3. Latihan Lain
    Turut ditawarkan di ITBM adalah kursus penyarikataan, kejurubahasaan dan penyuntingan.

NOTA: Penilaian tahap pencapaian akan diserahkan kepada peserta setelah tamat program.