Buku

Wilayah Ekaterina

Penulis: Mohd Zakri Zakaria

ISBN: 9789670798028

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Wilayah Ekaterina merupakan percubaan pertama penulisnya mengumpulkan 10 buah karya yang digarap dari sisi pandang sastera kota, iaitu mengambil latar permasalahan yang bergerak dalam pemikiran generasi anak muda yang membesar dalam kepesatan urbanisasi yang menggaulkan realiti dan bukan realiti sebagai wacana hibriditi mereka.

Melalui sisi imaginatif yang menarik, watak-watak unik dimunculkan dalam setiap cerpen mewakili nilai yang ingin disampaikan. Memanfaatkan unsur psikologi yang mudah tetapi bermakna, cerpen-cerpen dalam naskhah ini merungkaikan gelodak jiwa penulisnya sendiri di samping memasuki pergolakkan dunia bawah sedar.

Dengan menggunakan bahasa yang komunikatif sifatnya, juga pengolahan pemikiran yang segar dalam ruang kehidupan hari ini, penulis memberikan kesan dan pemahaman yang berbeza kepada pembaca. Ternyata, percubaan Wilayah Ekaterina tidak sia-sia.